Tuesday, May 31, 2005

kantoi lagi..

lama giler aku tak update blog aku nih..genap 11 hari..adakah aku disibukkan dengan bende manfaat atau mudarat..sendri kene muhasabah.

scene 1
last saturday, aku attend wedding jiran aku kat Kelantan..alhamdulillah..everything was on track..things went smoothly..seperti biasa, Abu Zayd menjadi sparring aku..insan yang paling mudah untuk di ajak jalan, maklumlaa zaujah dia asyik outstation jer.. aku sempat solat kat sebuah masjid setibanya di Gua Musang..mmg dah jadi kebiasaan aku untuk "tour" persekitaran masjid yang aku singgah..tandas tu dah mmg jadi tempat wajib.. my first step into the area of masjid buat aku patah hati.. C L E A N L I N E S S.. Dalam keadaan kerajaan negeri yang bersemangat menghidup dan mengamalkan Islam dalam setiap ceruk kehidupan, benda paling basic ni buat kacau daun..dan bende basic ni jugak menjadi kudis hampir kebanyakkan masjid dan surau. Aku bukannya menharapkan semua benda berkilat sampai tombol paip pun leh jadi cermin, tapi biar laa reasonable..ni dengan keadaan lantai toilet yang berlecah, tambah pulak kesan tapak kasut yang menghitamkan lagi tiles kat toilet, dewan solat yang tak pernah divacum..tu belum aku describe lebih dalam keadaan jamban2.. nak salahkan sapa? orang yang datang masjid? tok siak yang gigi dah tinggal 3 batang? ajk masjid? kerajaan negeri?

Friday, May 20, 2005

letih..

scene 1
hari ni dah hari ke baper ntah...buku "Hadiyyatul Afraah Lil "Aruusaain-(malu nak tulis dlm bahasa melayu)" belum habis baca? setiap kali aku nak cuba parking mata aku depan buku, mesti ada suara-suara lain yang memanggil...adakalanya astro..tak pun mohsin..tak pun katil empukku, walaupun 2 inci jer ketebalannya..

semalam aku kantoi..kantoi besar-besaran lak tuh!! haahh aper aku dah buat ni?? ya ALlah.. lek dulu...tenang..amik napas..lepak dulu kat kerusi Osim..smalam aku terlepas sehari untuk sesi blogging nih..tu jer..aku berazam nak blog hari-hari..

scene 2
hari ni awal aku keluar rumah..ni semua claim punya pasal..sebelum keluar rumah, sempat aku cit-cat ngan ibu yang tersayang..walaupun ibu ku pulang lewat mlm semalam, aku paksa untuk ngeteh sama..haaa pasal aper yang urgent sangat nih... JENGG.. JENGG!! oooppsss mana leh bitau.. just wait and bleed...hahaha

aku senyum kambing ni hari...

Wednesday, May 18, 2005

susah sangat ker..

Pagi tadi hujan lebat dan keadaan macam waktu Maghrib. Alhamdulillah, hujan rahmat bagi mereka yang mensyukuri nikmat Allah. Tapi one thing yang otak aku tak leh nak terima, orang tak nak "on"kan lampu. Apa sebab? susah sangat ker nak on lampu? Atau nak kene tunggu malam baru nak on? Buat aper nak nyusahkan orang? Ini kan dah mengundang dan menjemput bahaya..Takkan nak tunggu sampai ada orang yang terlantar atas jalan sambil diselimuti oleh surat kabar..Apa?? sebab nak bajet oil consumption?

Bukannya aku nak hangin tak tentu pasal atau nak menyibuk hal orang lain..lantak pi arr..tapi ni semua simple things that you can apply as a civilised driver..


mentol aku power lagi...

tak nak!!

One thing yang selalu bingit dalam otak nih bila time nak solat jemaah...Alhamdulillah, walaupun surau besar kotak parking kete, tapi solat jemaah di awal waktu mmg ada. Rata-rata yang datang solat mereka yg dah ada anak 2-3 orang. Usai azan, secara tersusun aku tengok semua menyandarkan diri pada dinding belakang surau. Dendrid dan dendrod otak ni masih tak dapat nak mendapat jawapan kenapa. "Hah!! aper lagi...aku dah qamat.." Laaa rupanya sapa nak jadi IMAM yang menjadi problematika. Mula laa tgk aksi-aksi tolak menolak..
Yang paling menoreh hempedu aku ialah apabila kedengaran "..tak sedia.." ni laa jawapan "escapism". sesenang itu jer.

Memang tidak dapat dinafikan dalam kitab-kitab Fiqh ada syarat-syarat jadi imam, dan aku yakin jemaah surau nih memenuhi syarat2 yang asas antara lain masuk waktu, hadap kiblat,niat, Islam, betul bacaan dan tajwid Fatihah dan tahiyat akhir. Kenapa jawapan tak sedia tu masih membayangi bapak-bapak budak nih..Adakah kerana tak hafal doa lps solat dalam bahasa arab? atau malu di gelar tok imam office. Ntah laa...Aku terpikir bagaimana pula keadaan di rumah apabila berdepan dengan family? takkan nak ikut mazhab Wadudiyah.

nuff said...


Tuesday, May 17, 2005

Sticker : da'wah atau provok

Kebanyakkan kereta-kereta di bandar mahupun di kampung akan dihisasi dengan sticker-sticker cermin. Dari sticker bertemakan pasukan bola, channel radio, geng-geng kereta, agama dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga ada yang menggantung teady bear dengan beranggapan "akulaahh cute..". Tidak ketinggalan juga ada yang meletakkan bantal pengantin di sebelah third light break yang amat menyemakkan kepala. Trend ni seolah-olah menjadi fardhu ain bagi setiap owner untuk menampal sticker.

Aku nak fokus kepada kereta-kereta yang menempekkan sticker yang bertemakan agama. Tidak kira Islam, Christian, Buddha, Hindu dan lain-lain, masing-masing ada wording-wording yang biasa kita tengok. Aku nak cuba zoom in lagi permasalahan sticker ni antara Islam dan Christian. Kalau set-set Christian yang tak ponteng kuliah Ahad dorang, Jesus is Lord, No Jesus No Life dan lain-lain menjadi sticker yang wajib ditepek pada kereta. Kadang-kadang sticker yang ditampal, menjadi "tinted" tambahan sebab dah tak leh nak nengok apa-apa.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan para Anbiya' a.s. Jesus@Isa merupakan salah seorang Anbiya' yang bergelar "Ululazmi". Bagi orang Muslim, sticker seperti Islam Is A Way of Life, kalimah tayyibah dan lain-lain. Ada juga yang lekat sticker surah atau keratan ayat suci al-Quran. Kadang-kadang aku terpikir gak, selain mempamerkan sticker yang biasa, ada ker orang nak buat sticker seperti Jesus is a Muslim, Jesus is a Messenger dan lain-lain yang menggambarkan hakikat Isa a.s. Bukan seperti mana yang telah diputarbelitkan alim ulama Nasrani. Adakah ini merupakan satu pendekatan da'wah atau lebih untuk mencari musuh yang akan membahayakan umat Islam. Kerana Islam melarang untuk menimbulkan sesuatu perkara yang mana natijahnya akan membawa kemudharatan kepada Islam itu sendiri. Tapi, itulah hakikat dan realitinya. Mungkin dengan cara yang simple ni dorang akan re-think dan mula nak buat R&D agama. Mungkin dorang akan start dengan gi carik Quran translation. Kalau dorang tahan kereta dan minta penjelasan, kat situ dah ada peluang untuk bagi input yang sebenar based on Quran dan Sunnah. Tapi sebelum itu, pastikan dalil-dalil dah melekat dalam serebrum, sereblum dan modula oblungata. Pastu buku-buku dan VCD-VCD Shaikh Ahmad Deedat wajib khatam banyak kali. Gaya cakap lak kene imitate Dr Zakir Naik. Peehhhh..mau terduduk Father, Pastor dan lain-lain.

Wallahu'alam...ni semua apa yang ada dalam kepala..

aku tampal Free Palestin jer...


Monday, May 16, 2005

sengat Sembilang

baru balik from lunch..naik kebas lidah aku asik makan tempat yang sama..

pekena tempat yang pernah aku puji kerana kesedapan masakannya..selang 2 suapan nasi, kakak@waitress@toke kedai datang sambil menulis-nulis di atas sekeping kertas sebesar plastik gula-gula Hudson. Kertas ciput tu diselitkan di bawah pinggan dengan harapan kertas ciput tak terbang ke sana sini.

sedang aku minum, aku capai kertas ciput.. RM 8.50!!! Naahhh...kene sengat aku..kali ni memang sengat Sembilang..

Apa pun..Alhamdulillah..jangan sampai mengkufuri nikmat Allah..na'uzubillah


Bila "ol' timer" bersuara...

Malam tadi, semasa aku nak berwudhu' untuk solat Maghrib, aku disapa oleh member lama masa kerja kat IT365. Camna lak Zahar ni boleh terlepas sampai sini..detik qalbu kecilku. Hakikat yang perlu diterima, ini semua kerja Allah. Tuhan yang memberi Hidayah kepada sekalian alam.

Usai solat Maghrib, I made myself ready to fed my ears dgn amik "port" paling strategik. Kuliah disampaikan oleh sorang "ol' timer". Bukan aku bermaksud nak kurang ajar dengan memberikan gelaran itu dan ini. Tetapi itulaa gelaran bagi seseorang yang bergitu expert with deep experience dalam sesuatu bidang. Pada awalnya memang keadaan dewan masjid suram dan sepi. Mungkin "ghargarah" Ust Mohyi belum panas. Aku mula hilang kawalan dan terus angguk-mengangguk(baca:tido). Tak sampai 8 minit, loud speaker Panasonic mula memecah suasana sepi. Aku terjaga. Ust Mohyi mula mengeluarkan isi-isi kuliah dengan gaya dan bahasa Melayu-Indon. Masalah keruntuhan akhlak, penyakit sosial, pelaksanaan Islam menjadi topik utama. Dikaitkan dengan keadaan semasa, yang terbaru Inul Gerudi. Dibuktikan pula dengan dalil Quran dan Sunnah. Subhanallah..hebat "ol' timer" nih dengan serban ala al-Azhar yang menampakkan rambut putih. Sesekali Ust Mohyi mengenakan reading glassesnya sambil memandang ke arah kitab yang telah smart terbuka di awal kuliah. Aku dapat lihat mode jemaah dari mode "buat taik mata" ke mode "track and field".

Tepat 9.10 pm, Ust Mohyi berhenti. Tetapi malang, aku tak bawak buku untuk mencatrat ilmu-ilmu yang disampaikan seperti mana biasa. Mungkin aku terpengaruh dengan nafsu yang bersuara "..alaa mlm ni ust tua yg bagi kuliah...". Astaghfirullah..


muqaddimah....

Hari ni first time aku nak menerjah masuk dunia "blogging". Mungkin ini hasil tarikan magnet gunx@rizal. Entah laa..boleh ker aku nak coret-coretan sepower gunx tuh yang dah otai dalam bab-bab blog nih. Tapi InsyaAllah..aku nak cuba gak..peduli hape..

Seperti biasa lepas Subuh ada talaqqi Quran di Masjid Ghufron. Benda ni dah jalan kat 2 bulan. Alhamdulillah, imam satu ngan dua saling silih berganti. Seperti biasa, aku amik "port" biasa aku duk. Alhamdulillah hari ni dah sampai (2:127).

Streamyx kat umah down..pelik tul aku..kalau streamyx down boleh jadi tak keruan..tapi kalau IMAN down, selambe Bunsen jer..Ya Allah tetapkanlah hati ku dalam IMAN dan ISLAM..