Sunday, July 05, 2009

Bersama lawatan PASTI PJU

Kesempatan hujung minggu lawatan bersama pelajar PASTI Petaling Jaya Utara ke Kuala Gandah.



Thursday, July 02, 2009

Belasungkawa : Kematian kak Jariah

Terima sms pagi ni dari Mat Akhir & Hj Mokhtar, "..kak Jariah meninggal dunia" . Terus teringat Hj. Kamaludin(suami kak Jariah) yang sempat aku ziarah kira-kira 4 hari sebelumnya. Kebetulan Yanti juga sempat jumpa arwah di HKL pada malam arwah warded. Semuanya susunan Allah azza wa jal. Allah yang Maha mengetahui setiap perjalanan makhluk di bumi ini. Aku tidaklah berapa mengenali Kak Jariah. Cuma pernah sempat bertanya kabar sewaktu ziarah ke rumahnya untuk berjumpa Hj Kamaludin. Semasa hidupnya, kak Jariah berniaga nasi lemak bagi menambah pendapatan keluarga. Semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang-orang soleh.

Monday, June 29, 2009

Port baru

Sekarang ni dah ada port baru kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha. Masjid Kota Damansara yang suatu ketika dulu kontroversi dengan isu azan-YB Teresa K, menjadi port baru untuk mereka yang ketagih dengan ilmu dan sentiasa mencari taman-taman syurga. Kuliahnya yang non-stop baik untuk kanak-kanak sehingga warga emas. Semoga menjadi asbab hidayahNya ke alam ini.

Sunday, June 28, 2009

Ziarah ke Damansara Bestari

Kesempatan malam tadi gi ziarah Pn Jariah yang terlantar di rumahnya flat Damansara Bestari. Pn Jariah disahkan mengidap kanser tahap 4.
Semoga Allah memudahkan segala urusan Hj Kamaludin.

Pusat Transformasi Masyarakat

Dalam satu kuliah di Masjid Ehsan SS4 Kelana Jaya, YB Dato Dr Hasan Mohd Ali, Exco Kerajaan negeri Selangor menyatakan beberapa pendekatan digunakan bagi menjadikan masjid dan fungsinya sebagai pusat transformasi masyarakat. Antara pendekatan :
- mengadakan kuliah Maghrib setiap hari
- kuliah Subuh
- Qiyamullail bulanan
- pusat sehenti (tusyen, pusat bimbingan untuk pelbagai lapisan masyarakat, perpusatakan)
- kebersihan dan lanskap masjid yang segar
- pentadbiran masjid yang efisyen

French Connection

Sunday, June 14, 2009

Working with AVC Production team







Pengalaman bekerja bersama AVC Production Team pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat(Markaz Tarbiyah Tmn. Melewar) dan Muktamar PAS Pusat ke-55(Stadium Melawati, Shah Alam). Thanks to bro Asrun, Azhar and Nizam@Qalam.

Sunday, May 31, 2009

Nur Laman Bestari






Kesempatan hujung minggu buat site visit untuk program rehlah/mukhoyyam bersama akh Abd Rahman Sadikin sefamili. Pengurusan Nur Laman Bestari sekarang ini telah diambil alih oleh Tn Hj Hassan Mokhtar.

Saturday, May 30, 2009

Jad's wedding




Sempat menghadiri majlis pernikahan Jad di Kg. Kuantan, Klang. Tahniah!

KL Bird Park





Kesempatan weekend lepas ke KL Bird Park sefamili.